E-FOLIO
NAMA KURSUS&KOD
(MPU23042) NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK
CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG IDEOLOGI SONGSANG
JABATAN
KEJURUTERAAN MEKENIKAL
- SHIIVEENDRA A/L MUNIANDY(06DAD21F1065)
- MHAADHESH A/L SEGARAN(06DAD21F1022)
- MUGILAN A/L JAYASANKAR(06DAD21F1020)
- KYINTHREN A/L RAMACHANDRAN(06DAD21F1034)
BIL |
ISI KANDUGAN |
1 |
PENGENALAN |
2 |
ISI |
3 |
PENUTUP |
4 |
RUJUKAN |
PENGENALAN
Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 14 April 2017 telah memutuskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan prinsip “amar makruf, nahi mungkar” memandangkan keruntuhan moral boleh memusnahkan Negara. Penguatkuasaan jenayah syariah akan menghadapi kesukaran apabila terdapat beberapa individu dalam kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa undang-undang Islam adalah melanggar kebebasan hak asasi manusia.
CADANGAN PENYELESAIAN
TERHADAP ISU IDEOLOGI SONGSANG
Dalam usaha menangani isu LGBT ini, terdapat
keperluan yang mendesak agar diwujudkan garis panduan penguatkuasaan dan
pendakwaan yang standard dan mudah diikuti agar segenap langkah dan tindakan
penguatkuasaan dan juga pendakwaan dilihat sebagai standard dan tidak
kucar-kacir. Perlu dinyatakan bahawa telah ada akta dan enakmen tatacara
jenayah syariah yang mempunyai peruntukan berkaitan menangani aduan, siasatan,
tangkapan, geledah sehinggalah kepada tatacara pendakwaan dan perbicaraan,
namun ia dalam bentuk dan bahasa undang-undang yang teknikal dan panjang.
Justeru untuk memudahkan operasi dan pemahaman tatacara dan prosedur, satu
standard operating procedure (SOP) memang diperlukan bagi menghalusi lagi langkah-langkah
penguatkuasaan dan pendakwaan. Sebagaimana yang sedia dimaklumi, tindakan
penguatkuasaan adalah berasaskan aduan dan juga operasi. Untuk proses siasatan
misalnya, bagaimana sesuatu siasatan yang memuaskan perlu dan patut dilakukan.
Pegawai yang belum atau tidak terlatih sudah pasti akan berhadapan dengan jalan
buntu jika dibiar tanpa panduan dan tunjuk ajar. Melihat kepada permasalahan
yang berlaku berkait dengan jabatan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan jenayah syariah ini, beberapa masalah yang telah dikenalpasti
antaranya kekurangan staf ketika operasi dijalankan, pegawai dan anggota yang
terlibat dengan operasi tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup
dalam mengendalikan operasi serta kekurangan peralatan untuk digunakan bagi
tujuan operasi seperti kamera, “walkie-talkie” dan pengangkutan. Kesemua
permasalahan ini memebawa kepada kurangnya keberkesanan dalam menjalankan
operasi penguatkuasaan dan akhirnya mendatangkan masalah apabila sampai kepada
bahagian pendakwaan. Akhirnya proses pendakwaan gagal dilaksanakan akibat
daripada terlalu banyak kelompongan ketika operasi dijalankanSementara itu,
kesemua peruntukan yang menyentuh tentang kesalahan yang dilakukan oleh
golongan LGBT samada yang terdapat dalam Kanun Keseksaan atau yang terdapat
dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri perlu diteliti semula
untuk tujuan penambahbaikan dan seterusnya dikuatkuasakan secara maksima. Siti
Zubaidah turut menjelaskan bahawa, keseksaan ataupun hukuman melalui mekanisme
perundangan wajar dilihat sebagai satu kaedah pencegahan daripada melakukan
sesuatu kesalahan dan pembalasan selepas melakukannya. Oleh itu, objektif utama
undang-undang digubal dan dikuatkuasakan adalah untuk mengelak pesalah laku
daripada melakukan kesalahan berulang. Selain itu, undang-undang juga bertujuan
menjaga peraturan dan ketertiban dalam masyarakat. Dalam pada itu, tindakan
menyekat segala kegiatan dan aktiviti yang mempunyai unsur-unsur LGBT atau
mempromosikan LGBT perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Berdasarkan
seksyen15(2)(f), sekiranya program berkaitan dengan aktiviti ataupun bertujuan
mempromosikan LGBT, maka pegawai tersebut diberikan kuasa untuk membuat sekatan
dengan tidak membenarkan apa jua perlakuan peserta mahupun kandungan program
atas faktor sensitiviti budaya dan agama. Segala maklumat berkenaan himpunan
termasuk penganjur, penceramah dan objektif perhimpunan diadakan wajib
dideklarasikan di dalam Borang Pemberitahuan Di Bawah Seksyen 9(1), Jadual
Keempat, Akta Perhimpunan Aman 2012. Dari sudut yang lain, sekiranya sesuatu
program LGBT dianjurkan di premis-premis persendirian selain di tempattempat
awam, maka Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak lagi terpakai. Namun, sekiranya
program tersebut melibatkan orang Islam serta terdapat unsur-unsur yang tidak
bermoral dan menyalahi perundangan syariah seperti pertandingan ratu cantik
maknyah dan sebagainya, pihak berkuasa agama dengan kerjasama polis dan pihak
berkuasa tempatan boleh melakukan serbuan dan tangkapan untuk pendakwaan di
mahkamah syariah berdasarkan peruntukan seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen 35 akta yang sama juga
terpakai ke atas manamana individu yang menganjurkan, mendorong atau
menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat. Sekiranya disabitkan bersalah,
pelaku boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
melebihi lima ribu ringgit, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Badan legislatif negara perlu mengemukakan suatu peruntukan baru yang bersifat khusus menyentuh tentang kesalahankesalahan melibatkan LGBT. Hal ini kerana terdapat banyak kelompongan yang terdapat dalam undang-undang sedia ada dan peruntukan yang ada bersifat samar dan sukar untuk dijadikan sandaran oleh pihak mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Hakim Abdul Wahab Patail dalam penghakimannya bagi kes Kristie Chan lwn Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (2013) telah menyatakan kebimbangannya terhadap situasi ketiadaan peruntukan yang jelas untuk memutuskan isu permohonan pertukaran jantina. Yang mana, pihak mahkamah terpaksa menjatuhkan hukuman dengan hanya bergantung kepada penyelesaian sementara secara mudah melalui mahkamah. Beliau membangkitkan keperluan kepada pihak kerajaan atau parlimen yang seharusnya memikirkan solusi yang lebih konkrit melalui peruntukan yang lebih jelas bagi menangani masalah ini. Justeru, Parlimen diperingkat persekutuan dan dewan undangan negeri diperingkat negeri hendaklah lebih progresif tetapi inklusif dalam merangka, membahas dan meluluskan peruntukan undang-undang yang lebih spesifik tetapi bersifat tegas demi membendung gejala LGBT atau dalam erti kata yang lebih tepat “menjenayahkan LGBT.” Perlu disedari dan diakui bahawa kebebasan mutlak yang tiada pedoman tanpa disulami dengan ajaran agama akan mengancam kemaslahatan umum serta berpotensi menghancurkan sistem sosial dan nilai-nilai dalam masyarakat yang didokong oleh prinsip serta nilai-nilai agama, budaya dan etika.
KESIMPULAN
Permasalahan
berkait dengan LGBT ini sememangnya perlu dibendung secara agresif kerana
risiko untuk menjadikannya menular secara kritikal sangat tinggi. Dalam era
globalisasi dan media sosial kini, masyarakat sangat mudah untuk terpengaruh
dengan setiap apa yang dipapar dan dipertontonkan kepada mereka tanpa menilai
kesan baik dan buruknya. Pelbagai isu dapat dilihat yang kesemuanya menjurus
kepada perkara negatif yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan
seterusnya memberi risiko kepada keruntuhan sesebuah negara. Peruntukan
undang-undang sedia ada perlu diperkemas dengan kadar yag segera bagi
memastikan setiap permasalahan baru yang muncul dalam negara dapat diatasi
secepat yang mungkin. Gejala LGBT ini sememangnya suatu yang sukar untuk
dibendung jika pihak-pihak berwajib gagal untuk bertindak pantas dalam
memberikan respon terhadap tingkah laku LGBT. Walaupun terdapat pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak-pihak yang diberikan tangggungjawab
untuk menangani isu LGBT ini, namun segala cabaran itu perlu ditempuh dengan
bijaksana agar kegiatan LGBT ini dapat dikekang sehabisnya. Usaha-usaha yang
dicadangkan diharap dapat membantu menyelesaikan gejala LGBT ini dan akhirnya
memastikan kehidupan sosial masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang
sepatutnya. Sebuah negara yang maju tidak hanya berkisar tentang kemajuan
infrastruktur dan prasarana sahaja, malah yang lebih penting ialah menyentuh
tintang sikap, peradaban dan kehidupan social masyarakat yang menepati lunas
kehidupan manusia sejagat.
RUJUKAN
Ahmad et.al,
(2015). “Faktor dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam
Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes,”. Jurnal of Social Sciences and Humanities,
Vol 10, No. 1, 1-15.
Ashgal Ali
& Yusuff Jelili. (2018). “LGBT: An Evaluation of Sharia Provisions and The
Laws of Malaysia and Nigeria, GJAT, Vol.8 Issue 1, 15
Comments
Post a Comment